Thursday, 29 January 2015

Khasiat Teh Misai Kuching Dr. Azimuth

KHASIAT MISAI KUCING



Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan untuk tujuan perubatan dan bersifat diuretic (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal. Antara khasiat misai kucing ialah:

• Kajian yang telah dijalankan oleh Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun mendapati ia secara saintifik berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi kerana unsur-unsur yang terdapat di dalam daunnya dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan.

• Penemuan terbaru oleh penyelidik UTM, yang berjaya menghasilkan sinensetin tulen daripada ekstrak Misai Kucing, iaitu sejenis bahan yang mempunyai bioaktiviti untuk penghasilan produk anti kanser

• Ia bersifat diuretik (puluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). 

• Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang serta membantu mengelakkan penyakit batu karang

• Digunakan secara tradisional untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh-lenguh (rheumatism). Ini disebabkan ia berupaya untuk mengingkirkan asid urik dan toksid metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.

• Ia juga biasa digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga kencing manis (diabetes).

KINI KAMI DI DR AZIMUTH MEMUDAHKAN ANDA DILUAR SANA UNTUK MENIKMATI KHASIAT DARI KHAZANAH ALAM INI DENGAN MUDAH SEKALI CUBALAH TEH MISAI KUCING KAMI MUDAH DAN RINGKAS…HANYA TAMBAH AIR PANAS SAHAJA.

1 comment:

  1. ASSALAM
    SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN SOS MERAH SENGKUANG CALIT RESEPI TRADISIONAL ATAU YANG INGIN MENAMBAHKAN PENDAPATAN... BOLEH DIDAPATI DI
    https://agrinurfoodindustries.blogspot.com

    PRODUK YANG KAMI TAWARKAN
    i) 500g - Rm 5.00
    ii) 1kg - Rm 9.50
    ii) BELIAN 10KG KEATAS - RM8.10 PER KG (-/+ 15% LESS)

    KAMI JUGA ADA TAWARKAN PENGHANTARAN MENGUNAKAN POS LAJU UNTUK PELANGAN KAMI DI SELURUH MALAYSIA MENGUNAKAN PERKHIKMATAN POS LAJU.
    2 PAKEJ DISEDIAKAN
    1) MIN 2KG + KOTAK POS LAJU N SERVICE CHARGE
    RM19 + RM15 = RM34
    2) 10KG + KOTAK POS LAJU N SERVICE CHARGE
    RM81 + RM35 = RM116 ( BELIAN 10KG KEATAS - RM8.10 PER KG (-/+ 15% LESS))

    ANDA BOLEH BANKIN KE MAYBANK ACCN NO : 156057212526 AZRIN BIN AHMAD
    CAL OR WASAP : AZRIN 0193361530

    ReplyDelete

Sexy Red Lips