Tuesday, 25 June 2013

APA ITU GLUTATHIONE?



Kebaikan Glutathione di dalam GluAstaCol :-

Glutathione juga dikenali dengan gelaran Master Antioxidant. Pengambilan Glutathione dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih dan cerah. Glutathione juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.
Fakta saintifik tentang Glutathione & nutrisi untuk penjagaan kulit anda. Glutathione dijumpai dalam sel tubuh manusia. Ini adalah Tripeptide terdiri daripada 3 Asid Amino iaitu glutamate,sistein dan glisin.
Peranan utama Glutathione di dalam GluAstaCol adalah :
- Ia menghalang proses sistesis melanin,iaitu kehadiran pigmen gelap di kulit yang menyebabkan warna kulit lebih terang & cerah.
- Glutathione adalah agen antioksida yang berkesan bagi membantu melambatkan proses degenerasi sel.
- Kurangnya Glutathione akan mengarah kepada stress oksidatif. Glutathione memainkan peranan dalam proses pemutihan kulit dengan mengurangkan pengeluaran pigmen kulit. Ini akan mengganggu pusat metabolism bagi pembentukan melanin dalam kulit.

Apabila kulit sering terdedah kepada sinaran matahari kulit kita akan menghasilkan eumelanin, pigmen hitam, phaemelanin dan pigmen merah. Kita biasanya melihat warna kulit berubah gelap selepas terkena sinar matahari kerana munculnya pigmen hitam yang lebih kuat. Dalam sintesis melanin, kehadiran Gluthatione akan menhalang fungsi enzim tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran eumelanin. Sebagai antioksidan kuat, glutathione juga menghalang spesis oksigen reaktif dan peroksida yang mampu merangsang enzim tirosinase. Kesan akan antioksidan berterusan yang ada pada gluthatione, akan menjadikan tona kulit ternyata lebih cerah walau pun sering dipanah mentari...

MENGAPA PERLU CANTIK
Kecantikan adalah sesuatu yang universal, bak kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera. Rata-rata ramai lelaki bersetuju kecantikan utama yang perlu dipancarkan oleh seorang yang bergelar wanita adalah dari segi kecantikan kulitnya, bukan paras rupanya atau bentuk badannya. Sang uda sudah tentulah mahu melihat, membelai dan menikmati kulit pasangannya yang halus, bersih, cerah dan bercahaya. Buktinya, seringkali dilihat adam teruja melihat betis yang cerah gebu apabila kain kebaya terselak sedikit bila seorang wanita itu berjalan. Bahkan kecantikan itu sendiri menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan bakal isteri selepas agama dan keturunan.


Namun kehidupan seharian yang terdedah kepada pencemaran dan juga faktor genetik keturunan membuatkan ramai wanita sudah tidak mampu memiliki kulit yang sempurna yang menjadi igauan setiap adam yang memandang. Wanita tidak kisah berbelanja berlebihan untuk mendapatkan kulit yang sempurna, bebas dari sebarang cela – terutamanya produk penjagaan kulit dan alat solek. Ramai yang tidak sedar bahawa untuk mendapatkan kulit cantik sempurna, penjagaan & rawatan dari dalam adalah amat penting supaya khasiatnya dipancarkan pada kulit wajah yang berseri-seri. Namun berapa kerat sangatlah wanita yang prihatin kepada rawatan dalaman ini. Perlu diingat, kecantikan itu berpunca dari dalam, dan menjaga dan membelai kulit dari luar hanyalah usaha sampingan dan tidak berkekalan.

Produk-produk seperti makanan tambahan membanjiri pasaran ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, namun masih ramai yang mengeluh kerana tidak mendapat hasil seperti yang dijanjikan.. Tidak dinafikan, tambahan zat dan mineral penting seperti vitamin C, A & kalsium penting untuk tubuh manusia, terutamanya wanita. Sering kali protein diabaikan kerana tidak banyak pendedahan dan ilmu disebarkan akan kepentingan zat protein ini. Jika dahulu jamu merupakan sumber awet muda jika diamalkan tatkala usia masih muda, dan perubahan zaman memaksa penghasilan tablet dan makanan tambahan yang banyak bagi menggantikan jamu-jamu tersebut.



GluAstaCol adalah merupakan sebatian protein glutathione gred terbaik yang berfungsi menjaga pertumbuhan sel-sel badan daripada serangan radikal bebas, selain memberi kebaikan-kebaikan lain seperti kesihatan yang berkekalan dan kulit yang bersih bercahaya. Fungsi nyah toksin contohnya, berupaya merawat dan mengeringkan jerawat pada kulit dengan pantas, selain ianya dapat mencerah dan meratakan warna kulit disamping menegangkan kulit serta menambahkan tenaga. Bukan sahaja untuk kulit yang cantik, malahan untuk mendapatkan kebaikan anti penuaan dan lain-lain lagi keperluan wanita kini untuk menjadi cantik. Kini menjaga dan mencantikkan diri amat senang sekali. Konsep unik GluAstaCol semua dalam satu ini menjadikan rutin seharian men jadi lebih mudah dan cepat.

No comments:

Post a Comment

Sexy Red Lips